Make your own free website on Tripod.com

KHAMIS

Klik "Refresh" atau "Reload" untuk dapatkan paparan terkini

22 J/AKHIR 1421

 MN/MDB 150 KG. NIPAH, 16300 BACHOK NO.TEL: 09-7788684 (P); 09-7782412 (R); 019-9807251 (H.P)


UTAMA


Sign My Guestbook

Get your own FREE Guestbook from htmlGEAR

View My Guestbook 


Anda Pelawat ke:

Counter

 


MAKLUMBALAS

Isi Borang Maklumbalas

E-Mel Kepada YB

SOALAN JAWAPAN BERTULIS 
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, 

PARLIMEN KESEPULUH 
PADA 16 OKTOBER HINGGA 20 DISEMBER 2000


1) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Dalam Negeri menyata: 
(a) jumlah peruntukan sebenar belanjawan tahunan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula tahun 1991 hingga 2000, 
(b) daripada peruntukan sebenar belanjawan tahunan itu, berapakah jumlah untuk Mengurus dan Pembangunan bermula tahun 1991 hingga 2000. 

2) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Pertahanan menyatakan: 
(a) jumlah peruntukan sebenar belanjawan tahunan kepada Kementerian Pertahanan bermula tahun 1991 hingga 2000, 
(b) daripada peruntukan sebenar belanjawan tahunan itu, berapakah jumlah untuk pembelian peralatan pertahanan dan persenjataan bermula tahun 1991 hingga 2000. 

3) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan keluasan Kawasan Hutan Simpan di setiap negeri di Malaysia secara bandingan bagi tahun 1990 dan 2000. Berapakah pula keluasan Kawasan Tadahan Air (water catchment area) yang digazetkan mengikut bandingan negeri-negeri bagi tahun 1990 dan 2000? 

4) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan: 
(a) jumlah dan kadar penduduk miskin di setiap negeri di Malaysia mengikut turutan tahun 1995 hingga 2000, 
(b) apakah program yang telah disusun bagi mengatasi masalah kemiskinan di seluruh negara dan peruntukan tahunan yang dibelanjakan bagi turutan tahun 1995 hingga 2000? 

5) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan jumlah penduduk Orang Asli bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia bagi tahun 1990 dan 2000. Jelaskan berapakah jumlah perkampungan tersusun Orang Asli yang telah dilaksanakan mengikut negeri-negeri dan apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di perkampungan tersusun tersebut? 

 

BIODATA

 


IKLAN

Waktu Solat

Waktu Solat Malaysia


Copyright JPN. All Right Reserved

Ting.3, Bangunan PAS, Jalan Dato' Pati,15000 Kota Bharu.

e-mel: abu_ammar@my-muslim.net