JAWAPAN SETIAUSAHA PARLIMEN 
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT 
KEPADA UCAPAN YB BACHOK 
MEMBAHAS AKTA KANAK-KANAK 2000


Dato’ S. Veerasingam: Soalan-soalan dari Yang Berhormat bagi Bachok. Soalan nombor satu, perlu masukkan asas-asas kerohanian dalam kurikulum sekolah supaya mencapai kesempurnaan dalam akta nanti. Tetapi asas-asas tersebut tidak harus menyeleweng daripada tujuan asal. Bagi menentukan kurikulum yang perlu dimasukkan di sekolah-sekolah, ianya adalah dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun, cadangan bagi Yang Berhormat adalah merupakan cadangan yang baik dan boleh dikemukakan kepada kementerian yang berkenaan. 

Soalan yang kedua, pertimbangan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kanak-kanak perlu berasaskan realiti dan bukan berasaskan belas kasihan. Pertimbangan tentang hukuman yang dijatuhkan ke atas seseorang kanak-kanak melibatkan soal perundangan dan principal of sentencing, dengan izin, dalam memutuskan sesuatu hukuman majistret yang mengadili seseorang kanak-kanak diwajibkan menimbangkan, antara lain laporan akhlak yang disediakan oleh pegawai akhlak dan pendapat penasihat-penasihat mahkamah bagi kanak-kanak untuk memastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan ialah hukuman yang seadilnya. 

Soalan ketiga, takrif pegawai akhlak - 10(1), pegawai akhlak ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat. 10(3), pegawai termasuk Pembantu Kkebajikan Mmasyarakat, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat tidak disebut. Pegawai akhlak perlu akhlak yang baik supaya dapat menjadi contoh kepada kanak-kanak. Jawapan kepada perkara yang dibangkitkan telah pun dijawab dan adalah sama seperti isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kluang. 

Soalan keempat, tidak diperuntukkan secara khusus dalam rang undang-undang undang-undang ini tentang perlantikan khusus dari badan agama seperti dari JAKIM, dalam Majlis Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-Kanak. Perlantikan wakil dari JAKIM ke dalam Majlis Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-Kanak majlis penyelaras bagi perlindungan kanak-kanak boleh dibuat secara pentadbiran di bawah Fasal 4(1)(n),
wakil dari JAKIM sememangnya boleh dipertimbangkan kerana Fasal 4(1)(n) menyebut antara lain, kelayakan orang yang dilantik ialah orang yang mahir dan arif dalam hal keagamaan. 

Soalan yang kelima, Sekolah Henry Gurney – bagaimanakah pendekatan keagamaan di institusi ini? Aspek-aspek keagamaan sememangnya digunakan sebagai pendekatan yang utama dalam usaha memulihkan keperibadian dan kerohanian mereka untuk mengubah cara hidup mereka 1kepada cara hidup yang lebih sempurna. 

Soalan yang keenam, apakah jaminan kanak-kanak yang telah menjalani pemulihan akhlak selama tiga tahun dipulihkan sepenuhnya? Kanak-kanak yang telah menjalani pemulihan di institusi akan menjalani program seliaan selama satu tahun bagi memastikan pemulihan kepadanya berterusan dengan kerjasama ibu bapa dan ahli masyarakat di tempatnya melalui Jawatankuasa Kebajikan Juvana Daerah.
Jawatankuasa Kkebajikan Jjuvana Daerah memainkan peranan yang penting di dalam memastikan kanak-kanak tersebut mendapat pekerjaan, latihan dan sokongan dari ibu bapa serta masyarakat. Sebelum itu, semasa menjalani pemulihan, mereka telah disediakan dengan program….. 

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat masa sudah cukup. Yang Berhormat boleh sambung pada petang ini. 

Dato’ S. Veerasingam: Baik. Terima kasih. 

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 2.30 petang. 

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang 

Mesyuarat disambung semula pada jam 2.30 petang. 

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] 

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sila sambung. 

2.30 ptg. 

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, saya sambung soalan-soalan daripada Yang Berhormat bagi Bachok, soalan yang keenam, apakah jaminan kanak-kanak yang telah menjalani pemulihan akhlak selama tiga tahun dipulihkan sepenuhnya. Kanak-kanak yang telah menjalani pemulihan di institusi akan menjalani program seliaan selama satu tahun bagi memastikan pemulihan kepadanya berterusan dengan kerjasama ibu bapa dan ahli masyarakat di tempatnya melalui Jawatankuasa Kebajikan Juvana Daerah. Jawatankuasa Kebajikan Juvana Daerah memainkan peranan yang penting di dalam memastikan kanak-kanak tersebut mendapat pekerjaan, latihan dan sokongan dari ibu bapa serta masyarakat. Sebelum itu, semasa menjalani pemulihan mereka telah disediakan dengan program-program fizikal yang berunsur kerohanian dan keagamaan bagi memantapkan lagi peribadi mereka.

 

|Perbahasan Akta Kanak-Kanak oleh YB Bachok|