LAWATAN DAN TUGAS ANTARABANGSA AHLI PARLIMEN BACHOK 
BERSAMA-SAMA AHLI PARLIMEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA


LAWATAN KE INDONESIA DALAM RENCANA MEMPERKASA SILATURRAHIM 
ANGGOTA GERAKAN ISLAM SERANTAU


Tarikh: 25 – 29 Jamadil Thaniah 1421/24 – 28 September 2000

Anjuran: Sakretariat Parlimen Parti Islam Se-Malaysia(PAS).


Aturcara:

24 September 2000 (Ahad)

- 9.10 pg - bertolak ke Jakarta dari KLIA Sepang

- 3.00 ptg – Lawatan ke Taman Mini Indonesia Indah

25 September 2000 (Isnin)

- 9.00 pg – menghadiri Majlis Perasmian Universiti Al-Azhar Indonesia.

- 3.00 ptg – kunjungan ke Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia

- 4.00 ptg – kunjungan ke Parti Persatuan Pembangunan (P3)

- 8.00 ml – Diskusi Gerakan Islam Serantau di Hotel Sri Wijaya, Jakarta Pusat

Penyampai: YB Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Nor, Presiden PAS.

YBhg Bapak Hamzah Haz, Ketua P3.

26 September 2000 (Selasa)

- 9.00 pg – Lawatan ke Puncak, makan tengahari, singgah sembahyang di Masjid Darussalam –
                 kebersihan terpuji.

- 6.00 ptg – Membeli-belah di Cibaduyut, Bandung, (pusat barangan kulit).

27 September 2000 (Rabu)

- 9.00 pg – Membeli di Mangga 2, Jakarta.

- 3.00 ptg – Perjumpaan dengan Organisasi Massa (Ormas) Islam Jakarta di Masjid Istiqlal, 
                  Jakarta Pusat.

- 9.00 mlm – Pertemuan dengan Parti Bulan Bintang (PBB) di kantor Menteri Kehakiman dan 
                   Hak Asasi, Dr Yushril Ehza Mahendra.

28 September 2000 (Khamis)

- 9.00 pg – Pertemuan dengan Bapak Akhbar Tanjung, Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR)

- 3.30 ptg – Bertolak balik ke Kuala Lumpur dari Lapangan terbang Soekarno-Hatta Chongkren,
                  Jakarta.

 

PERISTIWA PENTING SEPANJANG LAWATAN DAN TUGAS KE JAKARTA


1. Usaha kerajaan Indonesia di bawah Gus Dur sedang untuk menaikan harga

bahan bakar minyak (BBM) sebanyak 12 peratus (ada yang menganggap sampai 20

peratus) mendapat reaksi pelbagai dan ada yang berdemo. Gerakan Mahasiswa

Peduli Rakyat (Gempur) telah mengadakan aksi unjuk rasa ke DPRD Makasar –

demikian dilaporkan oleh Kompas, Selasa 26/09/2000.

2. Dua hari sebelum ketibaan di Jakarta, akhbar Suara Pembaruan (Jumaat,

22/09/2000) menyiarkan gambar warna di muka depannya mengenai peristiwa

penunjuk perasaan penyokong tokoh reformasi Malaysia, Sdr Anwar Ibrahim.

Akhbar tersebut dengan tema “memperjuangkan harapan rakyat dalam pembangunan

nasional berdasarkan pancasila”, menamakan kumpulan penunjuk perasaan itu

sebagai “ANTIMAHATHIR – Dalam rangka memperingati dua tahun penangkapan

tokoh reformasi Malaysia, Anwar Ibrahim. Sejumlah aktivis prodemokrasi yang

bergabung dalam AJI, Kontras, SEAPA, Solidamor dan YLBHI, Jumat (22/9) siang

berunjuk rasa menuntut pembebasan Anwar Ibrahim di depan Kedutaan Malaysia,

Kuningan, Jakarta. Mereka beranggapan cara Perdana Menteri Malaysia,

Mahathir Mohamad sama dengan Soeharto dalam menindas demokrasi”.

Gambar:

3. Pihak petani pula telah mengadakan unjuk rasa juga ekoran usaha kerajaan

untuk mengimport beras bagi menghadapi kemarau tahun 2002. Kumpulan

demonstran yang terdiri daripada Serikat Tani Nasional dan Fedrasi Serikat

Petani Indonesia bertemu dan menggelar aksinya di depan Istana Merdeka,

Jalan Medan Merdeka, Jakarta. Aksi yang serupa juga dilakukan petani Kendal

di Semarang, Jawa Tengah dan di Makasar, Sulawesi Selatan, demikian lapor

Kompas, Selasa, 26 September 2000. Bagi kumpulan unjuk rasa, kerajaan tidak

perlu mengimport beras, sebaliknya kerajaan memstiu berusaha membantu petani

bagi meningkatkan produksi beras.

4. Isu penangkapan terhadap kumpulan yang disyaki mengebom Bursa Saham di

Jakarta. Pihak polis berada dalam tekanan berikutan kegagalan bertindak

pantas. Di samping, pihak polis terus dilanda dilemma ekoran perlucutan

jawatan Ketua Polis Republik Indonesia (Kapolri) oleh Presiden Gus Dur dan

perlantik yang baru tanpa melalui DPR.

 

Gambar-Gambar Semasa Lawatan

Lawatan & Tugas di Jakarta Indonesia