Make your own free website on Tripod.com




Mencadang Pejabat Pendidikan Daerah di Bachok
 

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Minta penjelasan sedikit berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah. Saya ingin menarik perhatian kepada Daerah Bachok sendiri yang nasib lebih kurang sama, terpaksa berkongsi Pejabat Pendidikan dengan Pasir Puteh sedangkan dari sudut jumlah sekolah menengah serta sekolah rendah, jumlahnya melebihi daripada 20 buah. Yang saya senaraikan sahaja ini 10 buah untuk sekolah menengah dan 12 buah sekolah rendah. Saya ingat pemerhatian untuk Jajahan atau Daerah Bachok ini perlu kepada suatu Pejabat PPD di sudut keperluan pengurusan pentadbiran pejabat. Ini satu perhatian saya ingat nasibnya lebih kurang, minta penjelasan.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Itu yang saya katakan Yang Berhormat Bachok di mana kita sedang membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk meluaskan lagi PPD tadi sebab kita faham memang satu PPD menguasai dua daerah kawasan kalau yang mana sekolahnya begitu banyak dan padat, memang sukar. Begitu juga dengan di Sarawak, kawasannya begitu luas. Semalam telah dibangkitkan mengenai dengan Sarawak begitu juga Sabah, kawasan-kawasan pedalaman dan pulau-pulau lagi, itupun menjadi pertimbangan kita. Insya-Allah Yang Berhormat berilah sokongan kepada Barisan Nasional, kita akan beri pertimbangan yang sewajarnya ini. Terima kasih Yang Berhormat Bachok