AZIZ SHAMSUDDIN, TIMBALAN MENTERI YG PANAS BARAN,  MENGELUAR KATA-KATA UNPARLIAMENTARY KEPADA DR SYED AZMAN (KUALA TRENGGANU).

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi:  [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya Kuala Terengganu berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir:  Ya, sila.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Sila.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi:  Terima kasih, Tuan Pengerusi.  Apa yang saya sebutkan tadi adalah bila beberapa orang kontraktor UMNO datang bertemu dengan saya dan memberitahu bahawa projek-projek sekolah ini diberikan kepada pimpinan-pimpinan UMNO.  Saya beri contoh dua sekolah.  Yang pertamanya sekolah di Batu Rakit, kontraktornya adalah RME Sdn. Bhd. milik Ketua UMNO Kuala Terengganu.  Yang kedua, sekolah menengah di Setiu – syarikat yang diberikan adalah Wata Bina Sdn. Bhd. diberikan kepada Ketua Pemuda UMNO Marang.  Ini kontraktor-kontraktor UMNO sendiri bagi kepada saya dan mereka menyatakan kepada saya bahawa yang menjadi king maker adalah Timbalan Menteri Pendidikan dan saya minta dia bersihkan nama dia di Dewan ini kerana ini tuduhan daripada kontraktor UMNO sendiri dalam….. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir:  Yang Berhormat…..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi:  Ini yang dia berikan kepada saya.

Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin:  [Bangun]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Timbalan Menteri sendiri.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin]:  [Bercakap tanpa pembesar suara]  Saya hendak bercakaplah ni.  Saya sungguh terharu sebab Kementerian Pendidikan seperti kementerian-kementerian lain juga ada peraturan.  Kita bukan boleh bagi-bagi macam itu, macam PAS mungkinlah tetapi parti Barisan Nasional, setiap tawaran yang diberikan kepada mana-mana syarikat adalah ditentukan oleh Jemaah Penender sendiri.  Jadi kalau Yang Berhormat yakin, saya cabar supaya bawa ini ke mahkamah supaya kita bersama-sama di sana supaya dihakimkan.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi:
  [Bangun]

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin: 
Saya tidak mahu dengar lagi Yang Berhormat kata orang UMNO.  Saya hendak dengar mulut Yang Berhormat sendiri.  Kalau ada bukti let us go to the court, dengan izin.  Perkara ini kurang ajar. 

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya, terima kasih.

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin:
  Bangsat!

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi:
[Bangun]

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin:  Tuan Pengerusi, saya tidak mahu dengar lagi, saya hendakkan dia ke mahkamah, saya tidak mahu dengar, kalau hendak mari ke mahkamah, kurang ajar punya budak!

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi:  [Bangun]

Tuan Kerk Kim Hock:  [Bangun]

Tuan Mohamad bin Sabu:  Hoi, mana boleh cakap di Parlimen kurang ajar!

[Dewan gamat]

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin:  Yang Berhormat bagi Kuala Kedah ini lawak.  Dia hendak ambil bahagian. 

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Saya bagi….

Tuan Mohamad bin Sabu:  [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu. 

Tuan Mohamad bin Sabu:  … baik dengan Dato’. 

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin:  Yang Berhormat, kawasan saya tidak payahlah, saya tahu dari A sampai Z. 

Tuan Mohamad bin Sabu:  Alaah…

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Kuala Kedah,  sila duduk. 

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi:  Tuan Pengerusi, Peraturan…..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:   Peraturan Mesyuarat berapa, Yang Berhormat? 

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi:  36 (6).  Adakah dalam Dewan ini kita boleh guna perkataan kurang ajar, bangsat, dalam Dewan ini?  Kalau boleh saya pun hendak guna bahasa bangsat!

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin: 
Yang Berhormat…..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya, janganlah main balas begitu Yang Berhormat.  Bagilah saya buat keputusan.  36 (6)…

Tuan Kerk Kim Hock:
  36 (4)….

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  36 (6) pun sekejap, yang 36 (4) pun serupa.  Jadi Timbalan Menteri ada sebut tadi.  Jadi saya kira tarik baliklah Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin:
  Saya tarik balik Tuan Pengerusi.  Tetapi perangai ini nampaknya melampau-lampau.  Tidak ada perkara baik yang dibuat oleh kerajaan, semuanya salah.  Tetapi dia sendiri menghirup kekayaan daripada kerajaan yang ada dalam Barisan Nasional. 

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya, terima kasih.  Dia sudah tarik balik Yang Berhormat.  Ya, sila Setiausaha Parlimen teruskan jawapan. 

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: 
Ya Tuan Pengerusi, boleh saya teruskan Tuan Pengerusi? 

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:  Ya jawapan lainlah, Yang Berhormat.