SOALAN-SOALAN JAWAB LISAN
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEPULUH
PADA 8 OKTOBER HINGGA 11 DISEMBER 2001
 

1) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ewal Pengguna menyatakan indeks harga pengguna (CPI) Malaysia bagi tempoh bulan Jun, Julai, Ogos dan September 2001? Berapakah indeks terakhir bagi tiga kumpulan utama, iaitu (i) makanan; (ii) sewa kasar, bahan api dan kuasa; dan (iii) pengangkutan dan perhubungan? (Cadangan pihak kerajaan menjawab pada 9 Oktober 2001)
 

2) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah prestasi projek perintis pemberian kuasa autonomi kepada 30 buah sekolah rendah dan menengah untuk menjalankan pelbagai projek kecil berkaitan pendidikan yang telah dimulakan pada bulan Julai 2000? Adakah projek seumpama itu telah diteruskan ke sekolah-sekolah lain? (Cadangan pihak kerajaan menjawab pada 10 Oktober 2001)
 

3) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah rasionalnya kerajaan meneruskan dasar kawalan kewangan yang membabitkan tambatan ringgit RM3.8 berbanding setiap dolar Amerika? Apakah benar senario kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat sekarang memungkinkan dasar kawalan itu akan diteruskan untuk tempoh dua hingga tiga tahun lagi?

(Cadangan pihak kerajaan menjawab pada 16 Oktober 2001)
 

4) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan bahawa adanya Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 telah membuktikan Malaysia meletakkan kedudukan hak asasi manusia pada taraf yang lebih baik? Adakah perlaksanaan Suruhajaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah juga memberi imej yang lebih baik kepada kerajaan? (Cadangan pihak kerajaan menjawab pada 17 Oktober 2001)
 

5) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan kejayaan melahirkan usahawan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian automobil menerusi projek kereta nasional? Setakat manakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memantapkan keupayaan usahawan Bumiputera menguasai persaingan dalam era perlaksanaan AFTA nanti?

(Cadangan pihak kerajaan menjawab pada 23 Oktober 2001)
 

6) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan Mmultimedia menyatakan, berapakah bilangan pengguna internet terkini mengikut pecahan negeri-negeri? Berapakah pula jumlah pengendali perkhidmatan internet (ISP) yang beroperasi di seluruh negara, dan adakah pihak kerajaan bercadang akan menambahkan lesen-lesen ISP demi meningkatkan perkhidmatan kepada pengguna?

(Cadangan pihak kerajaan menjawab pada 24 Oktober 2001)
 

7) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sejauh manakah keberkesanan peranan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso) di dalam melindungi kes-kes keselamatan sosial para pekerja? Benarkah menurut Akta Keselamatan Sosial Pekerja bahawa ia tidak membabitkan perlindungan keselamatan kepada pekerja persendirian (self-employed), dan bilakah pindaan Akta tersebut akan dibuat? (Cadangan pihak kerajaan menjawab pada 30 Oktober 2001)
 

8) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan

Multimedia menyatakan apakah usaha-usaha yang dibuat bagi mengurangkan penggunaan

petroleum sebagai sumber tenaga memandangkan simpanannya dijangka kehabisan dalam tempoh 14 tahun? Sejauh manakah kemajuan program perintis Petronas dengan Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) dalam menghasilkan gas asli alternatif untuk kenderaan?

(Cadangan pihak kerajaan menjawab pada 31 Oktober 2001)
 

9) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah sebab-sebab utama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terpaksa menguruskan sendiri Skim Anuiti? Apakah KWSP selepas ini akan membatalkan hak pengendalian dan pengurusan Skim Anuiti yang diberikan kepada syarikat insurans konvensional dan syarikat takaful? (Cadangan pihak kerajaan menjawab pada 6 November 2001)
 

10) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh manakah perlaksanaan Program Sihat Tanpa Aids Untuk Remaja? Nyatakan sebab-sebab utama remaja mengidap aids, dan apakah langkah-langkah membendungnya?

(Cadangan pihak kerajaan menjawab pada 7 November 2001)
 

SOALAN-SOALAN JAWAB BERTULIS
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KESEPULUH
PADA 8 OKTOBER HINGGA 11 DISEMBER 2001
 

1) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) jumlah penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang melibatkan ahli-ahli politik mengikut tahun bermula tahun 1991 hingga 2001.

(b) jumlah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditahan di bawah ISA dan ditempatkan di Kem Tahanan Kemunting mengikut tahun bermula tahun 1991 hingga 2001.
 

2) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan mengenai Lembaga Urusan Tabung Haji:

(a) penyata untung rugi sebenar bagi tahun-tahun 1995 hingga 2001.

(b) justifikasi menaikkan tambang bagi jemaah haji yang akan menunaikan fardhu haji tahun 2001, dan apakah hubungannya dengan kemudahan yang disediakan kepada para jemaah?
 

3) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Kewangan menyatakan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):

(a) jumlah pelaburan yang dibuat menerusi "stock market" bagi tempoh Januari-September 2001,

(b) nama-nama syarikat dan operasi utama syarikat yang KWSP melabur.
 

4) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Penerangan menyatakan:

(a) adakah kajian-kajian impak pernah dibuat oleh Kementerian atau mana-mana pihak berhubung

kesan penayangan filem-filem ganas, lucah dan tahyul di televisyen Malaysia?

(b) jika ada, nyatakan kajian-kajian tersebut di televisyen Malaysia dan apakah rumusan daripada penemuan kajian impak tersebut?
 

5) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah syarikat perniagaan yang bertaraf Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan berbanding syarikat bukan Bumiputera bagi tahun-tahun 1990, 1995, 2000 dan 2001. Nyatakan tiga kategori utama bidang perniagaan yang menjadi fokus syarikat Bumiputera tersebut?