1) Soalan dijawab (bertulis) pada 17 Julai 2001 - Kuota Bumiputera di IPTA.    

SOALAN: YB TUAN WAN NIK BIN WAN YUSSOF (Bachok): minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah rasionalnya ditetapkan kuota kemasukan pelajar ke IPTA iaitu 55:45 bagi Bumiputera dan Bukan Bumipuetra. Apakah status-quo ini akan dipinda bagi membolehkan lebih ramai golongan Bumiputera yang masih ketinggalan dari sudut sosio-ekonomi memasuki IPTA?
 

JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua, Dasar EKonomi Baru (DEB) yang mula dilaknsakan pada tahun 1970 bertujuan untuk menyusun semula masyarakat, membasmi kemiskinan serta memupuk perpaduan nasional. Salah satu usaha untuk memncapai matlamat ini ialah meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang pendidikan tinggi dengan melaksanakan sistem kuota kemasukan pelajar ke IPTA. Dengan cara ini bilangan Bumipuetra dalam bidang profesional akan dapat dipertingkatkan. Perezaban kuota untuk orang Melayu dan Bumiputera lain di institusi pengajian tinggi jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152(8a).   Kerajaan tidak bercadang untuk meminda kuota yang sedia ada berdasarkan realiti mamsyarakat di negara ini yang masih berhadapan dengan cabaran-cabaran untuk mengukuh perpaduan melalui ekuiti dalam bidang pendidikan dan ekonomi.  




2) Soalan dijawab (bertulis) pada 18 Julai 2001 - Memelihara warisan sejarah perang Dunia Kedua.    

SOALAN: YB TUAN WAN NIK BIN WAN YUSSOF (Bachok): minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan usaha-usaha yang telah dibuat bagi memelihara warisdan sejarah perang Dunia Kedua. Apakah usaha khusus telah diambil  bagi menjaga kubu-kubu yang dibina oleh British di sepanjang pantai Negeri Kelantan yang sekarang ini diancam timbusan pasir laut?

JAWAPAN:   Tuan Yang Dipertua, Usaha menyelamat monumen ini pernah dibuat dalam Rancangan Malaysia Keenam yang lalu iaitu untuk menyelamat kubu yang berada di Pantai Sabak. Sungguh pun demikian usaha ini gagal kerana kawasan di mana terletaknya kubu ini telah dihakis ombak, menyebabkan kubu ini tenggelam ke laut. Akhirnya replika kubu ini telah dibina di Muzium Perang Dunia Kedua di Kota Bharu. Oleh itu jika usaha-usaha ini hendak dilaksanakan dengan berkesan, dicadangkan agar ianya dibuat secara bersepadu dengan program menghalang hakisan pantai.



3) Soalan yang dijawab pada 19 Julai 2001 - Kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.  

SOALAN: YB TUAN WAN NIK BIN WAN YUSSOF (Bachok): minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan apakah kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaunkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling. Adakah pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) pernah menyaman mana-mana Pihak Berkuasan Tempatan (PBT) yang didapati tidak mengawal dan menjaga sampah sarap sehingga menyebabkan persekitaran kotor dan bebau busuk?

JAWAPAN: Tuan Yang Dipertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya, antara kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan kompaun oleh Kementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) ialah: (i) Pelupusan asap hitam melebihi had oleh kenderaan bermotor; (ii) Melakukan pembakaran terbuka selain aktiviti yang dibenarkan; (iii) Kesalahan-kesalahan di bawah Peratauran-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978; dan (iv) Kesalahan-kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (buangan Terjadual) 1989.   Untuk makluman AHli Yang Berhormat, setakat ini JAS belum pernah menyaman mana-mana PIHAK Berkuasa Tempatan (PBT) dalam hal pengawalan sampah sarap. Jabatan Alam Sekitar sentiasa menasihati dan bekerjasama dengan pihak-pihak PBT dalam meningkatkan pengawalan dan pengawasan sampah-sarap.