SOALAN-SOALAN JAWAPAN BERTULIS 
PERSIDANGAN PARLIMEN BERLANGSUNG 
PADA 10 - 20 JULAI 2000 
Parlimen ke-2 Penggal ke-2 Mesyuarat ke-2

1) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia menyatakan: 
a) jumlah memorandum persefahaman (MoU) yang telah dibuat oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC) bagi memajukan Koridor Raya Multimedia (MSC)? 
b) nama syarikat/pihak-pihak yang telah membuat MoU tersebut dan nyatakan mengikut regionnya sama ada dari tempatan atau luar negara. 
c) bidang-bidang tumpuan syarikat/pihak-pihak tersebut sama ada sekolah bestari, kad bestari, kerajaan elektronik, perdagangan elektronik, telemedicine, R & D atau worldwide manufacturing web. 

2) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Kewangan mengemukakan maklumat terperinci mengenai pencerobohan kad-kad ATM yang dikeluarkan oleh bank-bank utama yang miliki oleh swasta dan kerajaan? Berpakah jumlah ringgit kerugian yang dialami oleh pengguna dan berapakah pula jumlah ringgit pihak bank-bank membuat bayaran gantirugi? Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh bank-bank berkenaan bagi mengatasinya? 

3) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia menyenaraikan kriteria untuk melaksanakan konsep E-Government di peringkat pilot applications. Senaraikan pihak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang telah berjaya mengaplikasikan konsep E-Government di peringkat pilot applications. Bagi mana-mana kementerian, jabatan dan agensi yang belum melaksana pilot application, apakah halangan sebenarnya? 

4) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia menyatakan jumlah dan lokasi sekolah bestari yang ditubuhkan di bawah projek MSC? Berapakah jumlah pelajar keseluruhan sekolah bestari di seluruh negara, dan apakah kelayakan pelajar yang diambil kira bagi memasuki sekolah bestari serta apakah bezanya kurikulum sekolah bestari berbanding sekolah biasa? 

5) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta Menteri Kewangan membutirkan bukti-bukti bahawa Kawalan Ringgit Malaysia telah berjaya membebaskan mata wang Malaysia daripada tindakan spekulator dan sekaligus menghindarkan cengkaman IMF daripada menguasai strategi pemuliohan ekonomi negara. Bilakah Kawalan Ringgit Malaysia akan ditamatkan, atau nyatakan persekitaran ekonomi sebenar yang membolehkan langkah kawalan tersebut ditamatkan?

 

[Solan Jawapan Bertulis 16 Okt-20 Dis. 2000]