Perbahasan Akta Kanak-Kanak 2000 
16 Oktober 2000 
Jam 3.22 petang 
Hari Pertama Sidang Parlimen 
Kali Ketiga Penggal ke-10 

(dipetik dari handsard parlimen - tanpa edit)

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Bachok. 

3.22 ptg. 

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sukacita saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab dalam menggubal Akta Kanak-kanak Tahun 2000 ini kerana di sebalik akta ini misinya untuk membawa suatu penyelesaian aspek sosial ataupun gejala kerosakan sosial yang berlaku dalam negara kita, meskipun sebelum ini telah diakui adanya tiga akta yang cuba untuk menangani isu-isu yang berbangkit, khususnya berhubung dengan kanak-kanak, wanita dan gadis. 

Sebagaimana yang telah pun dibuat pengulasan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan hasil daripada kehendak suatu pelan tindakan ataupun Pelan Induk Tindakan Sosial (PINTAS) pihak kerajaan telah mengemukakan rang undang-undang ini ke Parlimen, di Parlimen hari ini semata-mata untuk melihat kewujudan undang-undang hari ini ataupun selepas ini yang dikatakan Akta Kanak-kanak Tahun 2000 yang sekali gus telah pun membatalkan kewujudan Akta Juvana Tahun 19479, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991. 

Senario yang menjurus dan mendorong kerajaan kita akui dan kita terima sebagai suatu perkara yang perlu diutamakan, namun kelewatan memasuki alaf baru tahun 2000 ini telah pun direncanakan oleh pihak kerajaan. Sebagaimana yang telah pun dihuraikan tujuan perwujudan akta ini dari sudut rasionalnya untuk pemeliharaan kanak-kanak. Yang kedua, untuk perlindungan kanak-kanak itu sendiri. Yang ketiga, pemulihan kanak-kanak. 

Selain daripada itu, ia bertujuan untuk memasukkan peruntukan-peruntukan yang baru dan lebih baik supaya kanak-kanak diberi perlindungan dan bantuan yang diperlukan oleh mereka, betapa kanak-kanak adalah satu bijih benih ataupun satu pelaburan negara dari sudut sosiologi dan psikologinya serta dari sudut ekonomi negara itu sendiri. 

Jadi, kanak-kanak adalah insan yang teristimewa yang perlu kepada kasih sayang, pemerhatian, pendidikan, keselamatan dan pembelaan. 

Tuan Yang di-Pertua, lebih-lebih lagi kalau kita memerhatikan dan bila kita melihat kefahaman bahawa kanak-kanak itu sendiri dari sudut pendekatan Islamnya adalah suatu insan yang sebersih-bersihnya, sebagaimana satu maksud hadis Nabi s.a.w yang diumpamakan ‘Sehelai Kain Putih’ yang akan mencorakkan ataupun yang mewarnai jiwa, hati nurani, perasaan dan pembesaran kanak-kanak dalam menghadapi cabaran masa depan ialah persekitaran iaitu ibu bapa dan persekitaran sosialnya sendiri. 

Oleh kerana itulah penggubalan undang-undang ini khas untuk memastikan generasi kanak-kanak masa depan akan menjadi suatu generasi pewaris, generasi gemilang yang boleh membawa suatu kemajuan dalam konteks negara itu sendiri. Oleh kerana itulah bagi memastikan tanggungjawab semua lapisan masyarakat terhadap kanak-kanak ataupun isu-isu berkait kepada kepentingan, masa depan kanak-kanak ini
seharusnya dibuat beberapa pertimbangan-pertimbangan yang menjurus kepada sempurnanya pelaksanaan akta ini sendiri. 

Suatu pandangan yang harus kita ambil perhatian dalam usaha pelaksanaan akta ini nanti ialah sebagaimana pandangan Imam Ghazali sendiri yang telah menyebut mengenai suatu tabii kanak-kanak yang menganggap sebagai suatu ‘tabularasa’ iaitu pada peringkat akal kanak-kanak itu sendiri mudah terpengaruh dengan kesan-kesan negatif, hasil daripada beberapa perkara yang mereka lalui. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka dibesarkan dalam persekitaran yang tidak sihat, khususnya ibu bapa mereka sendiri yang dianggapkan guru tetapi kesedaran di sebalik isu-isu parenting ataupun ke ibu bapaan tidak dibekalkan secukupnyakan kepada keluarga berkenaan. Sudah pasti akta ini sedikit- sebanyak boleh membantu untuk tujuan pemulihan isu-isu parenting dalam keluarga-keluarga bagi ibu bapa yang tidak sempurna dari sudut tersebut. 

Pada pandangan saya, asas tabii harus dititikberatkan dalam memastikan pelaksanaan undang-undang kanak-kanak tahun 2000 ini agar mampu untuk memastikan tugas pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak berlaku dengan sebaiknya. Pandangan Al-Ghazali juga ialah untuk melahirkan keperibadian yang baik, asas keagamaan dimasukkan di dalam kurikulum pendidikan sebagai suatu isu. 

Bagi saya, oleh kerana undang-undang kanak-kanak ini sebenarnya bukan suatu kurikulum pendidikan tetapi ia adalah satu garis panduan untuk bertindak bagi mengatasi segala isu-isu berbangkit hal-hal kanak-kanak. Namun, tujuan akta ini adalah jelas untuk pemeliharaan dan melindungi serta menjaga kepentingan kanak-kanak, maka undang-undang ini nanti sebenarnya mengandungi falsafah mendidik, terutama kepada masyarakat dalam konteks masyarakat kanak-kanak itu sendiri atau sosialisasi kanak-kanak yang melihat ataupun yang perlu kepada social life yang bersifat penyayang ataupun caring social life. 

Justeru itulah, Tuan Yang di-Pertua, dasar-dasar Islam ataupun agama perlu diterap secara langsung ataupun tidak langsung oleh pihak kerajaan dalam usaha pelaksanaan akta ini nanti kerana ianya adalah selari dengan dasar Islam sebagai agama teras dalam negara kita. Oleh kerana itulah saya tidak bersetuju sekiranya ada pihak terutamanya pihak-pihak kementerian ataupun Jabatan Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat sendiri ataupun Kementerian Pendidikan dan seumpamanya yang cuba mengambil kesempatan untuk membuat suatu penilai yang tidak tepat berhubung dengan adanya institusi ataupun kelas-kelas pendidikan dan taman bimbingan kanak-kanak yang dituding secara tidak tepat dianggap sebagai menghasut ataupun sebagai pangkalan untuk menyemaikan elemen-elemen negatif kepada kanak-kanak. Dan sebagaimana isu yang dibangkitkan oleh pihak pembahas ataupun pihak daripada Barisan Nasional tadi, daripada Gelang Patah dibangkitkan soal ada bukti bahawa kelas pendidikan kanak-kanak ini dituduh untuk menyemaikan unsur-unsur negatif. Itu bagai saya tidak tepat sama sekali sekiranya ianya tidak boleh dibuktikan secara lebih konkrit. 

Sekarang ini kita tahu ada isu-isu yang telah berbangkit, misalnya kelas pendidikan tunas Islam, ianya untuk membina kesedaran agama dalam konteks Islam kepada generasi kanak-kanak seawal ataupun di peringkat prasekolah, yang telah pun disuntik asas-asas kesedaran agama dan untuk menghayati nilai-nilai moral yang murni dalam kehidupan pada peringkat awal kanak-kanak. Oleh kerana itu, seharusnya pihak-pihak yang berkenaan khususnya kementerian berkaitan tidak seharusnya mengambil satu jalan pintas untuk menghukum kelas-kelas pendidikan ataupun kelas-kelas bimbingan kanak-kanak yang berorientasikan keagamaan dan moral ini demi untuk pembinaan generasi yang bermaruah pada masa hadapan. 

Tuan Yang di-Pertua, apa yang seharusnya menjadi hasrat dalam perbahasan rang undang-undang ini adalah sepatutnya boleh menyelesaikan ataupun boleh menjelaskan segala kekeliruan dalam perkara-perkara yang berkait dengan kanak-kanak. Lebih penting lagi setiap kanak-kanak mempunyai masa depan tersendiri dan seharusnya dicorakkan masa depannya menjadi penyumbang, bukannya pembeban kepada masyarakat.
Kanak-kanak ini dari sudut masa depannya seharusnya menjadi penyumbang kepada negara, bukannya pembeban kepada kemajuan negara sebab ada isu-isu yang berkaitan kewujudan seseorang itu dalam sesebuah negara dianggap liabiliti ataupun beban kepada negara. 

Berhubung dengan tujuan baik pihak kerajaan ketika menggubal Akta Kanak-kanak adalah rasionaliti menerima asas umur 18 tahun sebagai suatu titik tolak ataupun pemisah yang satu peringkat bukan kanak-kanak, selepas dianggap melebihi 18 tahun dan ke bawah daripada 18 tahun dianggap masih kanak-kanak. 

Meskipun dalam setengah keadaan ataupun setengah suasana kemajuan yang melanda dunia sekarang secara globalnya, kita lihat masa kini terlalu ramai insan ataupun individu-individu yang berumur pada tahap bawah 18 tahun telah mempunyai keupayaan, pemikiran yang matang yang memang tidak boleh dikumpulkan di dalam kategori kanak-kanak. Misalnya, di Barat dan beberapa negara telah diiktiraf mereka yang berumur 18 th tahun sebagai pengundi dalam menentukan hala tuju kepimpinan negara dalam mengamalkan prinsip demokrasi, tetapi negara kita belum lagi menerima asas kematangan pada peringkat 18 tahun, maka kita dapati pengiktirafan itu tidak berlaku. 

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Mesyuarat] 


Meskipun demikian, dari sudut persepsi masyarakat secara umum, dari sudut pendekatan sosiologi khususnya mereka melihat kematangan kanak-kanak sebenarnya berlaku hasil daripada pendidikan yang melingkungi kehidupan mereka oleh kerana itulah bukan semua mereka yang berumur dalam kategori belasan tahun ini dianggap sebagai bertaraf pemikiran kanak-kanak atau perilakunya adalah kanak-kanak. 

Tuan Yang di-Pertua, tadi ‘Tun' Yang di-Pertua’ sekarang ini 'Dato’ pula. Terima kasih. 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya belum ‘Tun' lagi. [Ketawa] 

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Meskipun begitu saya ingin menarik perhatian bahawa kebelakangan ini banyak tindakan deviate deviant ataupun deviation dilakukan oleh kumpulan-kumpulan individu ataupun insan ataupun secara grouping mereka yang berumur di bawah 18 tahun, sampai ke satu peringkat deviation ataupun perbuatan-perbuatan yang dianggap bersalahan dengan nilai dan norma masyarakat sejagat.
Misalnya perbuatan yang berorientasi jenayah, dari seringan-ringan jenayah, seperti mencuri, kadangkala mencuri itu barang yang pelik-pelik, ada juga budak-budak kita ini maklum sendirilah umurnya begitu muda, sampailah kepada sebesar-besar jenayah dilakukan oleh kumpulan kanak-kanak dalam belasan tahun ini ataupun sampai kepada peringkat jenayah berat seperti menyamun, merompak dan membunuh. 

Saban waktu pula media ada melaporkan kejadian jenayah yang dilakukan oleh kumpulan insan yang dilaporkan sebagai remaja di bawah umur. Media menggunakan perkataan ‘remaja di bawah umur’ sebagai suatu escapism daripada asas supaya tidak melihat pelaku jenayah ini sebenarnya masih kanak-kanak. Dari segi implikasi perundangan, memang benar cara laporan media yang menjelaskan konsepsi umur dan
sebagai suatu tanda bahawa adanya undang-undang khas untuk individu ataupun kanak-kanak di bawah umur ini. 

Jadi, mengikut undang-undang yang ada sebelum ini ada Akta Mahkamah Juvana 1947., jJuvana dalam konsep sosiologi adalah insan remaja yang di dalam belasan dan belum memasuki umur dewasa. Namun, perkataan 'juvana' tidak dipakai secara direct ataupun secara langsung di dalam akta ini. Kita bimbang sekiranya asas umur sebagai pertimbangan utama dalam menangani permasalahan kanak-kanak yang diambang remaja ataupun belasan ini akan memberikan satu kesan yang membimbangkan khususnya dalam membimbing remaja yang terlibat dengan kesalahan-kesalahan deviate deviant ataupun unsur-unsur criminal atau jenayah. 

Misalnya, di dalam kes pengedaran dadah sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Barisan Nasional tadi disebutkan ada sindiket-sindiket dadah menggunakan remaja sebagai suatu ejen pengedaran mereka., oOleh kerana sindiket ini telah menggunakan taktik pengedaran yang paling licik, maka ianya tidak mampu dikesan dengan secepatnya ataupun tidak mampu dikesan langsung oleh pihak
berkuasa, maka yang terkesan adalah alat-alat mereka iaitu kanak-kanak itu sendiri. 

Jadi, betapa kesalahan sebenarnya terlalu berat untuk kes-kes pengedaran dadah. Bagaimana boleh kita percaya bahawa sekiranya kanak-kanak itu dianggap pengedar dadah, sedangkan dari sudut umur dan usianya belum sampai kepada peringkat pemikiran mereka untuk merancang mendapatkan wang untung daripada penjualan dadah yang begitu lumayan. Pada lazimnya, kanak-kanak tidak bisa melakukan kesalahan yang berat, asas pemikiran kanak-kanak di sudut pertimbangan psikologinya memang kanak-kanak tidak mampu untuk melaksanakan sesuatu kerja yang berat lebih-lebih lagi yang bercanggah dengan undang-undang kerana kanak-kanak ini dibayangi dengan unsur ketakutan dan seumpamanya. Oleh kerana itulah persepsi dan penerimaan umum masyarakat sedemikian harus dibuat pertimbangan dalam usaha melaksanakan akta ini nanti. 

Oleh itu, saya mencadangkan agar dibuat pertimbangan kepada di peringkat untuk menjatuhkan sesuatu hukuman ataupun penalti atau apa-apa pertimbangan sebagaimana diperlukan diperuntukkan di dalam akta ini, faktor umur sebagai suatu asas sahaja tetapi senario ataupun perkembangan sebenar kanak-kanak itu harus diberi perhatian serius. Jika ada yang melakukan kesalahan-kesalahan yang dianggap berat seperti disabitkan dengan kesalahan serius, sewajarnya kanak-kanak tersebut tidaklah dibuat sesuatu pertimbangan yang bersifat belas kasihan tetapi mestilah berlandas kepada realiti kesalahan dalam konteks individu kanak-kanak tersebut. 

Sewajarnya juga disebut sebagai penjenayah sebenarnya tidak tepat dalam konteks kanak-kanak yang belum matang ataupun kanak-kanak yang memang diperalatkan oleh ejen-ejen seperti sindiket dadah tersebut. 

Satu daripada pendedahan yang berlaku di sebalik akta kanak-kanak ini ialah dicadangkan untuk menitikberatkan tujuan pembentukan akhlak di kalangan kanak-kanak itu sendiri iaitu dari sudut mewujudkan kanak-kanak yang berakhlak di sebalik adanya kanak-kanak yang tidak berakhlak sebagaimana yang dijelaskan di dalam Bahagian tiga, di bawah Fasal 10, disebutkan, "Suatu kuasa bagi perlantikan pegawai akhlak daripada kalangan Pegawai Kebajikan Masyarakat". Kebimbangan saya dari sudut asas kuasa yang ada di sebalik akta ini ataupun di dalam Fasal 10, ini adalah kriteria sebenar Pegawai Kebajikan Masyarakat yang selayaknya diberi tanggungjawab sebagai pegawai akhlak bagi tujuan-tujuan ini. 

Pada pandangan saya, asas ini harus dibuat pertimbangan sebenarnya berdasar kepada kebolehan sebenar pegawai berkenaan tidak semestinya mereka yang mempunyai kedudukan sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat. Oleh kerana itulah mereka yang boleh dianggap pegawai akhlak sepatutnya mereka itu dari sudut latar belakangnya telah sempurna akhlaknya untuk dijadikan teladan ataupun pembimbing kepada kanak-kanak. Sekiranya mereka itu tidak mempunyai kelayakan dari sudut itu, kita boleh melihat suatu asas keupayaan obligasi pegawai akhlak tersebut dalam memastikan proses membimbing kanak-kanak yang tidak berakhlak, tidak berlaku secara berkesan mengikut hasrat di sebalik akta ini. 

Demikian juga dalam Fasal 10, di bahagian ini telah menyebutkan di bawah kurungan (3), "Pegawai Kebajikan Masyarakat di sini adalah termasuk Pembantu Kebajikan Masyarakat". Pada penglihatan saya dan pengamatan saya di bawah tajuk tafsiran dalam Fasal 2, ada sedikit kekeliruan kerana di sini "Pegawai Kebajikan Masyarakat" termasuk sama adalah "Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat", tetapi dalam di
bawah fFasal ini disebutkan dalam kurungan tiga, (3) tidak disebut "Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat" tetapi ialah "Pembantu Kebajikan Masyarakat." Mungkin perkara ini dari sudut teknikalnya ada kesilapan ataupun ada cara untuk kita perbetulkan secara tafsiran. 

Tuan Yang di-Pertua, suatu isu yang saya sebutkan tadi ialah persoalan untuk membentuk akhlak baik di kalangan kanak-kanak. Inilah suatu perkara yang harus kita akui kerana kebelakangan ini jelas gejala kerosakan akhlak di kalangan remaja khususnya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ini memang ramai yang terlibat dengan gejala dadah, gejala bohsia, bohjan, pelacuran kanak-kanak dan sebagainya yang memang tidak diingini oleh kita sendiri, masyarakat amnya. Apa yang cuba saya sentuhkan sedikit ialah kes-kes yang berlaku gejala kerosakan akhlak di kawasan tanah rancangan ataupun Rancangan Kemajuan Tanah Felda FELDA di Pahang, kawasan Tuan Yang di-Pertua, sendiri saya yakin begitu arif dalam …… 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. 

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: …..isu-isu gejala sosial di kawasan Felda FELDA ini…. 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: You Setiu pun sama. 

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Saya Bachok, tidak ada Felda FELDA. Ya, Bachok. [Ketawa] 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apalah itu, teruskan. 

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Pemikiran yang cuba saya bawa untuk direnung bersama, bagi menilai dari sudut kewujudan Akta Kanak-kanak 2000 ialah kerosakan akhlak yang berlaku begitu ketara kebelakangan ini sehingga sebagaimana yang disebut, saya tidak mahu mengulangi lagi, perkara-perkara yang paling negatif telah pun membawa kepada persoalan maruah, persoalan bangsa dan persoalan agama. Lebih-lebih lagi yang telah pun dilanggari begitu rupa oleh remaja-remaja masa kini sehingga mana mereka ini sanggup meninggalkan bangku sekolah di awal usia, maka sudah pasti generasi yang bertenaga, yang kuat untuk membina kekuatan kepada pembangunan negara tidak akan terwujud generasi Felda FELDA itu sendiri terus dibiarkan dengan keadaan yang berlaku sekarang. 


Inilah cita-cita yang tidak mungkin untuk kita hayati untuk masa depan dan akta ini sebenarnya sedikit ……..(Intan) 

Inilah cita-cita yang tidak mungkin untuk kita hayati untuk masa hadapan dan akta ini sebenarnya sedikit penyelesaian sekiranya penguatkuasaan mengambil kira asas-asas ini. Oleh kerana itulah tadi dibangkitkan mengenai dasar kerajaan negeri dalam usaha untuk menanggani gejala sosial ini. Kononnya Johor telah mendahului dari negeri-negeri lain untuk memperuntukkan syarat 10% daripada zon perumahan yang dibangunkan oleh pemaju untuk kawasan rekreasi. 

Dalam menanggani isu seumpama ini sebenarnya Kelantan lebih dahulu lagi untuk menguatkuasakan peraturan ini bukan setakat kawasan rekreasi, mesti ada surau dan juga mesti ada tempat-tempat untuk memastikan kanak-kanak ataupun remaja di dalam zon rumah mereka bila tidak selesa dengan kehidupan mereka, mereka boleh duduk untuk bersenam-senam untuk melepaskan fikiran ataupun untuk menyelesakan pemikiran mereka di taman-taman dalam kawasan perumahan. Dan kerajaan negeri Kelantan telah awal-awal lagi telah meletakkan syarat, setiap rumah yang hendak dibina mestilah mengambil kira keselesaan iaitu syaratnya mesti ada 3 bilik, dengan tidak termasuk bilik dapur dan bilik air. Maksudnya 3 bilik adalah bilik untuk - satu untuk suami-isteri atau ibu bapa, satu untuk anak lelaki, satu untuk anak perempuan. 

Ini asas pertimbangan dari sudut moral dan menanggani kemungkinan-kemungkinan akhlak tidak berlaku tidak baik dalam keluarga. Kerana kita dapati daripada kajian yang dibuat oleh ahli akademik tempatan asas budaya lepak di kalangan remaja khususnya kanak-kanak di bawah 18 tahun ini, satu daripada faktor penolak atau faktor yang menggalak mereka ini menjadi rosak akhlak kerana suasana bilik dalam rumahnya tidak selesa untuk mereka tinggal untuk membaca, untuk membuat kerehatan yang sempurna. 

Satu perkara yang perlu juga pertimbangan ……. 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat, beri laluan.? 

Tuan Wan Nik bin Wan Yusoff: Ya, sila. 

Tuan Ronald Kiandee [Beluran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Bachok. Saya amati ucapan daripada Yang Berhormat, juga kita lihat Kelantan mendahului daripada semua aspek, dari segi agama dan juga aspek tempat tinggal dan kekeluargaan. Apa pendapat, komen Yang Berhormat kerana taklimat baru-baru ini diberitahu bahawa masalah dadah, penyalahgunaan dadah antara negeri yang terbesar penyalahgunaan dadah ini di kalangan anak-anak muda adalah Kelantan dan jika kita lihat ini merupakan satu masalah sosial yang besar sekalai, masalahnya di negeri Kelantan. Jadi, kalau kita lihat soal kekeluargaan, soal agama yang dipraktikkan di Kelantan, mengapa masalah sosial ini berlaku begitu besar sekali di Kelantan? Terima kasih. 

Tuan Wan Nik bin Wan Yusoff: Terima kasih, di atas soalan unik untuk mendapatkan penjelasan daripada isu yang saya bangkitkan berhubung dengan dasar-dasar kerajaan negeri Kelantan. Kerajaan negeri Kelantan telahpun bertegak selama 10 tahun ataupun 2 penggal pilihan raya, sekarang ini masuk ke penggal ketiga, ia telah mewarisi generasi dan dasar-dasar yang sebelum ini kesan daripada peninggalan kerajaan Barisan Nasional yang telah melaksana, buat kerja-kerja yang semuanya itu bukan sehari dua untuk kita nilai. Inilah asas yang perlu kita terima secara rasional, bukannya terima secara isu. Dan berhubung dengan masalah penagihan dadah, saya ingat saya tidak hendak kembangkan maklumat itu kerana saya sendiri mempunyai maklumat bahawa peningkatan kadar penagihan dadah di kalangan kanak-kanak atau kalangan remaja sebenarnya menyeluruh mengalami peningkatan, tidak terfokus kepada negeri Kelantan sahaja. Terima kasih. 

Satu perkara lagi yang suka saya sebutkan di sini ialah keupayaan dari sudut akta ini sendiri dan ketulusan dari sudut pelaksanaannya apabila kita menilai dari asas program pemulihan akhlak yang disebutkan di sini, di antaranya mana-mana kanak-kanak yang disabit dengan satu-satu kes itu akan ditunjuk untuk dimasuk ke suatu sekolah yang diluluskan. Apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah apabila memilih sebuah sekolah yang diluluskan pada penilaiannya ialah mestilah sekolah itu terbaik untuk memberi satu pendidikan kepada anak-anak sendiri. Kerana dari sudut asas untuk pemulihan akhlak mestilah di sekolah tersebut berlakunya suatu proses pendidikan yang berkesan, adanya suatu latihan yang serasi dengan jiwa nurani kanak-kanak dan juga ada suatu pemahaman yang serasi dengan mentaliti kanak-kanak. 

Oleh kerana itu tindakan untuk menghantar kanak-kanak yang diputuskan oleh mana-mana mahkamah kanak-kanak itu sendiri adalah suatu pertimbangan yang berdasar kepada syor daripada perkara akhlak. Oleh kerana itulah saya rangkumkan kefahaman atas asas melantik pegawai akhlak itu mestilah seorang yang benar-benar boleh memahami perkara ini dan lebih sesuai lagi pegawai akhlak itu mestilah mempunyai latar belakang keagamaan yang mantap dan moral yang sempurna. 

Jadi, perintah untuk penahanan kanak-kanak di sekolah-sekolah ataupun untuk dimasukkan ke sekolah yang diluluskan itu sebagaimana yang dimaksud di bawah Fasal 69 .Bab 4, .4. Bahagian 9 IX telah dengan jelas memperuntukkan suatu tempoh 3 tahun dari tarikh perintah. Soalnya ialah apakah jaminan 3 tahun ini boleh kita memastikan kanak-kanak tersebut akan keluar nanti baik akhlaknya ataupun terjamin akhlaknya, tidak
boleh ataupun tidak lagi untuk mewujudkan suatu unsur negatif dalam masyarakat. 

Kemudian diperuntukkan pula ialah kuasa-kuasa boleh melanjutkan tempoh, sampai kepada tempoh 6 bulan dan dengan syarat tidak bolehlah ianya melebihi daripada 18 tahun. Semuanya asas pertimbangan dari sudut kesan sekiranya tempoh yang diperuntukkan itu telah berkesan adalah sesuatu tetapi dari sudut pelaksanaan sekiranya tidak berkesan mestilah ada suatu tindakan ataupun langkah-langkah sampingan yang boleh memperkukuhkan lagi tindakan tersebut. 

Kemudian suka saya sebutkan di sini ialah asas untuk mewujudkan suatu kanak-kanak yang dianggap pewaris generasi gemilangan ini sendiri seharusnya tidak kita pinggirkan mana-mana kanak-kanak yang melalui proses penghukuman ataupun proses penahanan ataupun mereka dipenjarakan kerana kesalahan-kesalahan mengikut akta ini. Kita tidak ingin juga untuk mendengar isu sebagaimana pernah dilapuorkan oleh sebuah akhbar Inggeris baetapa kanak-kanak yang berumur 10 tahun ada ditahan di penjara dan dipergauli dengan orang-orang dewasa ataupun kumpulan umur yang lebih tua daripada mereka sedangkan mereka ini masih dalam kanak-kanak. 

Daripada lapuoran yang diterima, perakuan daripada Penjara Sungai Buluh misalannya dikatakan terdapat 200 remaja dalam kumpulan umur 14-21 tahun telah ditempatkan di pPenjara Sungai Buluh. Daripada jumlah tersebut, didapati 148% telah pun menjalani hukuman, 82% masih lagi dalam keadaan tahanan kerana reman. 

Jadi, kita percaya dengan ramainya daripada 200 itu, 80% dalam keadaan tahanan reman ini membuktikan pelaksanaan sekarang dalam menanggani isu-isu yang melibatkan kes-kes jenayah ataupun perkara-perkara yang disabitkan terhadap kanak-kanak ditahan di Penjara Sungai Buluh itu, kita nampak penyelesaian dari sudut perjalanan mahkamah dan juga proses penghakimannya begitu mengambil masa. Ini membuktikan bahawa suatu langkah penguatkuasaan akta kanak-kanak ini adalah seharusnya diimbangi dengan peralatan-peralatan lain bagi menyokong perlaksanaan akta ini terutamanya dari sudut perjalanan mahkamah itu sendiri. 

Kita yakin dan percaya kesalahan-kesalahan remaja berlaku kerana mereka ini masih pada peringkat umur yang belum matang. Oleh kerana itulah didedahkan pasal apa betapa remaja ramai yang terlibat dengan isu-isu dadah dan ada juga kes-kes yang ditahan di Penjara Sungai Buluh terdiri daripada mereka adalah pekerja-pekerja asing yang didatang khas untuk bekerja sedangkan mereka itu masih lagi di bawah umur
ataupun kurang 18 tahun. Demikian juga kita dapati ada remaja yang ditahan di penjara kerana mereka ini terlibat dengan lumba haram dan kemudian mereka juga memandu dengan tidak ada lesen ataupun mabuk dan seumpamanya. 

Ini membuktikan bahawa sistem sosialisasi dalam kehidupan negara kita di hari ini yang terlalu serius untuk ditangani dan akta ini diharap boleh mengatasi sedikit sebanyak asas-asas sosialisasi kanak-kanak itu sendiri. Yang penting untuk kita beri perhatian sebagaimana yang dibangkitkan oleh seorang daripada Yang Berhormat Barisan Nasional tadi iaitu isu menyerasikan tindakan-titndakan di sebalik akta ini dengan aspek psaikologi dan sosial kanak-kanak itu sendiri ataupun mengambil kira environment sebenar kanak-kanak supaya penghukuman yang dikenakan ke atas kanak-kanak yang bersalah dianggap setimpal dengan proses kematangan pemikiran dan persekitarannya akan membentuk mereka menjadi generasi gemilangan selepas ianya menjalani hukuman. 

Oleh kerana itulah tadi dalam peruntukan undang-undang yang ada atau di bawah peruntukan akta ini, saya melihat perlunya wakil penjara itu duduk di dalam Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak dan perkara ini telah pun disebut di dalam akta ini dan saya menyokong usaha ini sebagai suatu asas bagi memastikan persekitaran penjara untuk kanak-kanak ini sendiri mengambil kira aspek-aspek psaikologi dan
sosiologi kanak-kanak. Adalah tepat pada pertimbangan pihak yang menggubal akta ini, pihak kementerian dalam menilai kes ini, cuma saya tidak melihat suatu peranan khusus ataupun suatu perwakilan khusus daripada mana-mana pihak yang mewakili badan agama. 

Misalannya melalui seorang wakil tetap daripada JAKIM tidak dimasukkan di dalam keanggotaan Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak. Sedangkan dalam isu-isu yang sebegini saya anggap kepakaran ataupun pemikiran-pemikiran agama seharusnya diterap sama dalam merumus asas-asas perlindungan kanak-kanak. . Perkara ini saya anggap pihak kementerian perlu memberi perhatian dari sudut
pelaksanaan kerana di bawah Fasal 4 di dalam Bahagian I pertama ini disebutkan di bawah (1) dan (n) disebutkan, "mana-mana orang yang layak untuk memberi nasihat tentang faktor-faktor peribumi, etnik, kebudayaan atau agama". Jadi, menampakkan di sini, dari sudurt keseriusan dalam menganggotai jawatankuasa Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak ini tidak sangat memberat isu-isu keagamaan. 

Demikian lagi satu perkara yang saya cuba sentuhkan di sini ialah di bawah kewujudan ataupun di bawah akta ini ada suatu ruang di wujudkan – di bawah Fasal 7 (2), satu pasukan perlindungan kanak-kanak yang terdiri daripada anggota-anggota yang tidak terangkum juga latar belakang mereka daripada yang berpendidikan agama. Sedangkan mereka berpendidikan agama, lebih-lebih lagi mereka telah mempunyai
kemahiran di bidang kaunseleor adalah penting dalam usaha menganggotai pasukan perlindungan kanak-kanak ini kerana di bawah tujuan kewujudan pasukan perlindungan kanak-kanak ini sendiri adalah di antara lain memberikan nasihat tentang asas-asas bagi membentukkan nilai murni dan atau nilai baik khususnya pembentukan akhlak di kalangan kanak-kanak itu sendiri. 

Satu perkara lagi suka saya sebutkan mengikut Fasal 375 dalam Bab 5 Bahagian 9IX iaitu Sekolah Henry Gurney. Sebenarnya Sekolah Henry Gurney ini telah pun lama diwujudkan sebagai satu sekolah untuk pembentukan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak yang disabitkan dengan sesuatu kesalahan. Kanak-kanak yang berumur 14 tahun ke atas yang disabitkan dengan mana-mana kesalahan mengikut
pertimbangan akta ini akan dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney dan tidak lebih umurnya daripada 21 tahun tetapi apabila pemantauan dibuat kepada kanak-kanak yang dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney ini apabila didapati masih tidak berpuas hati oleh pihak yang berwajib maka boleh dilanjutkan lagi tempoh kepada 3 tahun dengan syarat tidak melebihi 21 tahun. 

Persoalannya ialah kurikulum yang digunakan di sekolah ini dari sudut asasnya perlu dibuat kajian-kajian teliti kerana tidak ada jaminan sepenuhnya bahawa mereka yang melalui proses di Sekolah Henry Gurney ini dijamin menjadi ahli masyarakat yang baik dan tidak menjamin dari sudut akhlaknya. Oleh kerana itu saya mencadangkan supaya pendekatan keagamaan lebih-lebih lagi kepada pelajar Henry Gurney yang daripada latar belakang Islam seharusnya diterapkan unsur-unsur keagamaan Islam itu sendiri sebagai suatu nilai bagi pembentukan rohani yang mantap dalam jiwa mereka supaya setiap kesalahan serius yang mereka buat yang menyebabkan mereka dihadap ke atau di masukkan ke Sekolah Henry Gurney ini tidak mereka ulangai lagi kerana mereka mempunyai persiapan rohani yang begitu baik dalam kehidupan masyarakat selepas keluar daripada situ. 

Oleh kerana itu, keseluruhan daripada akta ini memang saya mempunyai satu pandangan yang positif kerana ianya mempunyai beberapa langkah-langkah pendekatan, Walaupun unsur-unsur yang saya sebutkan tadi belum diterap secara nyata di dalam usaha pelaksanaan akta ini, namun saya yakin dan percaya dengan kebijaksanaan peringkat-peringkat pelaksana ianya boleh mengambil perhatian di atas apa yang saya sebutkan dan saya bangkitkan dalam sessi perbahasan ini. Sekian, terima kasih

 

 

|Jawapan Perbahasan oleh wakil kerajaan|